Sunday 6 January 2013

Peminat Bola yang Sebenar

kata orang, bola dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. err, bukan bola 'itu' yang gua maksudkan. bukan juga bola baling atau bola keranjang. gua sebenarnya sedang bercakap tentang football atau dalam bahasa melayunya, bola sepak. lain pula di U.S, mereka agak noob sikit. seluruh dunia semua iktiraf perkataan 'football' untuk sukan ini, manakala mereka dengan tak semena-mena syok sendiri, memberi nama 'soccer'. mana datang perkataan tu pon gua tak tahu.

okay, berbalik kepada kenyataan gua tadi. bola dan lelaki memang tak dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku atau ibarat kpop dengan gegurl. malah, ada sebahagian dari kalangan peminat lelaki yang memberi cop 'gay' kepada lelaki lain semata-mata lelaki berkenaan kurang berminat dengan sukan bola sepak. (jangankan lelaki, gua pon kadang2 pikir gitu) 

itu peminat lelaki. bagaimana dengan perempuan? bola? perempuan? 

Perempuan dan Bola
well, mengikut pendapat steorotaip masyarakat dunia terutama lelaki tentang ni, perempuan berkemungkinan besar lebih sukakan kehenseman pemain dari  bola sepak itu sendiri. perempuan macam ni sangat tipikal. dan gua sebagai perempuan pun tak menafikannya. gua tahu la, gua ada kawan-kawan perempuan, adik-adik perempuan. dan bila tengok match bersama mereka, apa yang keluar dari mulut mereka ialah ,

"comelnyew kaka, hebat dia main. aku cop dielah! hihiks,"

"eh2, sapew player nombor dua tu? kacaknye nyaah,"

"herm, handsome gak drogba ni kan," (ahahaha, babi)

itulah reaksi-reaksi cilake biasa dikalangan perempuan apabila menonton mana-mana football match. noob ke tak noob seseorang player tu, mereka tak ambil port pon. asalkan handsome, mereka kenallah pemain tu sampai bila-bila. berlainan dengan gua. mungkin satu ketika dulu gua pun seperti mereka. tapi entah kenapa, sejak Malaysia menang piala suzuki aff itu pada tahun 2011 itu hari, gua dah start minat bola sepak. tambah pula, bapak gua pon selaku peminat bola sepak, memberi pengaruh yang kuat pada anak perempuan beliau yang satu ni. dari situ, gua dah mula tahu menilai kesenian permainan sukan ni.

Peminat Sebenar
mungkin gua agak terlambat untuk meminati sukan ni dari dulu. tapi gua sempat juga tahu serba sedikit tentang sukan ni seperti offside rule, formation game, peranan midfielder, striker, winger, defender, cara-cara nak diving seperti suarez untuk mendapat penalti dan beberapa yang lain. dan gua tak seperti perempuan tipikal lain yang hanya melihat pada kehenseman player. well, gua mengaku gua juga teruja melihat player-player yg handsome sebabnya, gua pon ada nafsu beb. cuma, gua sebagai peminat bola sejati lebih suka menilai 'power' yang ada pada player tersebut. bagaimana dia mengawal bola, membuat hantaran, menerima hantaran, kelajuan bermain, itu yang gua perhatikan.

apa-apapun, untuk liga inggeris, gua adalah peminat MU. gua tahu banyak yang benci sama MU. tak kurang juga yang meminatinya. tapi apa gua kesah? hahaha. sebab gua minat MU? MU banyak kali menjulang piala, jarang kalah so gua tak perlu kecewa banyak kali, antara kelab bola sepak yang mempunyai fanbase teramai, mampu membeli RVP dan tak ada Torres. (wakakaka) hak ala, nanti ada la yang nak kutuk tu. macam gua kesah sangat pon.

Liga Super? gua tunggu  je sampai FAM insaf dulu.

cukup sampai setakat ni sajalah gua membebel. untuk ulasan yang lebih lanjut, lu orang tunggu entri yang akan datang. (apa gua merepek ni) okay la.

akhir kata, GGMU. hahaha

gua chiao. Assalam.


Friday 4 January 2013

Malaysia Masih Belum Merdeka

gua ni walau tak terer sejarah, gua tetap tahu puak-puak mana yang datang menjajah negara kita sekarang ni. gua taknak cakap pasal british, kekejaman jepun mahupun pakcik alburqueque atau menatang james beruk ke hape. sebab penjajahan ni berlaku zaman sekarang.

lu orang silap besar la kalau cakap Malaysia ni sudah merdeka.

Fakta 1#
buktinya pada tahun lebih kurang 2005 hingga 2007, negara mula dijajah indonesia dengan lambakan sinetron mereka di kaca-kaca TV yang nauzubillah, selalu membengangkan orang dengan beratus-ratus episod dan zoom in yang terlampau pada lubang hidung pelakon masing2 yang bajet putih melepak. malah, tak cukup dengan tu, serangan dilancarkan dengan lagu-lagu jiwang meleleh mereka yang mula mengambil alih radio-radio Malaysia sehinggakan band-band indonesia  berani datang sini buat konsert besar-besaran sebab lagu mereka tersangat popular disini.

hasil jajahan besar-besaran oleh Indonesia boleh dilihat apabila pemuda-pemudi Malaysia sering memuja-muja artis dan lagu-lagu dari negara seberang sehingga ada dikalangan pemuda itu yang lupa diri bahawasanya mereka adalah orang Malaysia dan mula memperlekehkan industri muzik tanah air sendiri tanpa segan silu.

serangan mereka mula mereda kerana pada tahun 2008 hingga 2010 band-band indie Malaysia mula memperjuangkan kemerdekaan dengan menampakkan kemajuan muzik mereka dalam industri hiburan tanahair. kemunculan mereka sedikit sebanyak menenggelamkan keghairahan orang Malaysia pada muzik2 indonesia. Tahnia gua ucapkan pada band-band (yang gua malas nak sebut) berkenaan kerana mampu mengambil semula tanah air tercinta dari genggaman negara jiran.

tapi mende ni tak lama.

Fakta 2#
sekitar 2009 hingga 2012 dan sekarang, 2013, Malaysia kini dijajah kembali kali ini dengan pasukan-pasukan ketenteraan yang lebih kuat, iaitu Korea Selatan. mereka menggunakan muka yang jambu, peha yang putih dan lagu-lagu yang catchy, tak kurang juga drama-drama jiwang mereka yang membuatkan para gadis berada di awangan dan mula mendambakan pakwe-pakwe Korea untuk dikahwini.

poster-poster mamat dan minah korea mula terpampang dimana-mana. majalah dan suratkhabar juga tak kurang hebatnya mempromosi muka-muka jambu serta peha-peha yang putih demi menjajah minda anak-anak muda Malaysia dengan lebih hebat lagi. dtambah pulak dengan lagu yang menjadi Hits di U.S, Oppa Ganyang Style, masing-masing sibuk nak buat parodi gile untuk lagu tu. lagu Ulik Mayang takdo pulak orang yang nak buat parodi. serangan dari Korea Selatan masih berterusan sehingga kini menyebabkan gua pon terkena kesannya. 

kesannya, gua ni kalau sehari tak tengok rancangan Running Man dari Korea tu gua rasa tak sempurna hidup. nak kena tengok jugak. Mega Maharajalawak pon gua dah rasa tak lawak lagi dah lepas gua tengok rancangan ni. ha tengok? sekarang gua dah lupa diri yang gua ni orang Malaysia. ah, sudah.

p/s: gua harap peminat kpop sama I(indonesian)-pop (haha ade ke? macam bangang bunyik dia) tak payah sentap sangat. anggap entri ni sekadar gurauan.

Wednesday 2 January 2013

Orang Takda Life : Tahun Baru Punya Cerita

hari ni masih lagi tahun baru. dan gua seperti biasa masih mengipas2 bontot gua yang kepanasan sebab dari tadi lagi tak reti nak berganjak dari laptop ni macam orang takdak life. gua rasa gua ni dah terlebih sayang kat laptop dari diri sendiri. sanggup tak mandi lagi ni semata-mata nak mengadap muka lu berjam-jam wahai laptop. laptop pon dah bosan ngan muka gua. 

"apa cite ni wei pagi2 tahun baru, hidup pon baru. gua masih disini tanpa kemajuan?" 

Tuisyen Untuk SPM

gua sebenarnya sedang menunggu hari untuk gua daftar masuk ke sebuah pusat tuisyen untuk menghadapi spm. "tuisyen kat mana tu wei?" hak ala, lokasi kat mana maleh ah gua nak bagitau. gua rasa gua nak misterikan aje identiti gua ni dari blog ni. jadi gua tak kasitau la gua ni orang mana, asal mana, tempat tuisyen kat mana. lu orang baca je apa gua nak taip. yang lain tu biarlah rahsia semua. yela, bak pepatah nenek moyang jiran yang gua tak kenal berkata, "lagi misteri lagi cool". tak gitu? amacam? cool tak gua? hihi?

so, tahun ni gua akan hadapi spm. gua amik sendiri je sebenarnya. lebih aman sikit. kalau gua daftar masuk pastu belajar kat sekolah untuk amik spm, lain cite ah pulak. dikongkong plak oleh pihak sekolah, nak kena sertai macam2 program untuk spm. tak bebas la kalau gitu. gua suka bergerak sendiri je.

tapi sementara menunggu masa masuk tuisyen ni, gua hari ni nak membongkang dulu kat katil. lepak ngan laptop dulu, main game dulu puas2. nanti kalau dah sebok study esok2, mana ada dah masa nak lepak macam orang gila kat bilik macam ni, dengan badan masam rambut kusut masai lagi ni, cermin pun malu nak tengok muka gua. tapi wei memang betul2 rasa bebas buat masa sekarang. suka hati je nak buat pape pon kan. jiwa remaja. tapi esok insyaAllah, gua akan jadi manusia yang paling berwawasan 2020, berjiwa dewasa.

dah la, nak main game. blah dulu. Assalam.

Tuesday 1 January 2013

Blog Baru

dulu gua dah buat blog, naik gila gua mencari polowers sampai 300 bijik. tak banyak pon lagi. tapi niat nak menambah tu ade la. motipnya nak polowers ni, ibarat pepatah uganda berkata, makin banyak polowers makin pemes insan itu. ingat bercita2 nak 10 juta polowers lagi biar lagi femes dari Psy Gangnam Style tu. (pe motif tah nak pemes neh) 

takde la. gua bukan nak sangat polowers sampai 5 ribu lebih ke hape(amboi nampok beno nipunye) gua cuma nak ada orang berinteraksi dengan gua. mana boleh buat blog, lepas tu yang komen pon gua, yang buat entri pon gua. cakap sorang2 pulak, gayanya macam kat tanjung rambutan tu ha. tapi spoil habis la blog gua yang lama tu, sebab lupa pasword blog. gua guna emel lain untuk blog tu. nasib tak menyebelahi gua. dekat 4,5 juta kali gua try pasword dia. macam nak bukak pasword peti duit kat bank plak rasanya. banyak kali cuba la, takboleh jugak. akhirnya gua give up.

hasil give up tulah yang gua buat blog ni. saja la kan gua bagi nama blog sukahati. sebab gua bagi nama sukahati? sebabnya, suka hati gualah nak bagi nama apa pon, blog gua bukan blog lu orang? hehe, takde la. sebenarnya gua pon takde idea nak bagi nama pende. oke la ni kan "sukahati", bukan suka gitu yang nyanyian gula-gula cilake tu. "sukahati" mungkin sebab blog ni gua buat suka hati gua je nak tulis pape. tu je la kot.

beria-ia nulis, hampeh sekor pon takde lagi nak jenguk ni. mana orang2 kampung ni wei? dah lupa gua ke wei? gaya gua macam desperate plak. takpe la nanti gua promot blog ni scr besar-besaran. okay la, bye penonton2 setia semua. (syok sendiri je)

p/s: tak perasan plak gua buat blog ni betul2 tahun baru punya.