Sunday 6 January 2013

Peminat Bola yang Sebenar

kata orang, bola dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. err, bukan bola 'itu' yang gua maksudkan. bukan juga bola baling atau bola keranjang. gua sebenarnya sedang bercakap tentang football atau dalam bahasa melayunya, bola sepak. lain pula di U.S, mereka agak noob sikit. seluruh dunia semua iktiraf perkataan 'football' untuk sukan ini, manakala mereka dengan tak semena-mena syok sendiri, memberi nama 'soccer'. mana datang perkataan tu pon gua tak tahu.

okay, berbalik kepada kenyataan gua tadi. bola dan lelaki memang tak dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku atau ibarat kpop dengan gegurl. malah, ada sebahagian dari kalangan peminat lelaki yang memberi cop 'gay' kepada lelaki lain semata-mata lelaki berkenaan kurang berminat dengan sukan bola sepak. (jangankan lelaki, gua pon kadang2 pikir gitu) 

itu peminat lelaki. bagaimana dengan perempuan? bola? perempuan? 

Perempuan dan Bola
well, mengikut pendapat steorotaip masyarakat dunia terutama lelaki tentang ni, perempuan berkemungkinan besar lebih sukakan kehenseman pemain dari  bola sepak itu sendiri. perempuan macam ni sangat tipikal. dan gua sebagai perempuan pun tak menafikannya. gua tahu la, gua ada kawan-kawan perempuan, adik-adik perempuan. dan bila tengok match bersama mereka, apa yang keluar dari mulut mereka ialah ,

"comelnyew kaka, hebat dia main. aku cop dielah! hihiks,"

"eh2, sapew player nombor dua tu? kacaknye nyaah,"

"herm, handsome gak drogba ni kan," (ahahaha, babi)

itulah reaksi-reaksi cilake biasa dikalangan perempuan apabila menonton mana-mana football match. noob ke tak noob seseorang player tu, mereka tak ambil port pon. asalkan handsome, mereka kenallah pemain tu sampai bila-bila. berlainan dengan gua. mungkin satu ketika dulu gua pun seperti mereka. tapi entah kenapa, sejak Malaysia menang piala suzuki aff itu pada tahun 2011 itu hari, gua dah start minat bola sepak. tambah pula, bapak gua pon selaku peminat bola sepak, memberi pengaruh yang kuat pada anak perempuan beliau yang satu ni. dari situ, gua dah mula tahu menilai kesenian permainan sukan ni.

Peminat Sebenar
mungkin gua agak terlambat untuk meminati sukan ni dari dulu. tapi gua sempat juga tahu serba sedikit tentang sukan ni seperti offside rule, formation game, peranan midfielder, striker, winger, defender, cara-cara nak diving seperti suarez untuk mendapat penalti dan beberapa yang lain. dan gua tak seperti perempuan tipikal lain yang hanya melihat pada kehenseman player. well, gua mengaku gua juga teruja melihat player-player yg handsome sebabnya, gua pon ada nafsu beb. cuma, gua sebagai peminat bola sejati lebih suka menilai 'power' yang ada pada player tersebut. bagaimana dia mengawal bola, membuat hantaran, menerima hantaran, kelajuan bermain, itu yang gua perhatikan.

apa-apapun, untuk liga inggeris, gua adalah peminat MU. gua tahu banyak yang benci sama MU. tak kurang juga yang meminatinya. tapi apa gua kesah? hahaha. sebab gua minat MU? MU banyak kali menjulang piala, jarang kalah so gua tak perlu kecewa banyak kali, antara kelab bola sepak yang mempunyai fanbase teramai, mampu membeli RVP dan tak ada Torres. (wakakaka) hak ala, nanti ada la yang nak kutuk tu. macam gua kesah sangat pon.

Liga Super? gua tunggu  je sampai FAM insaf dulu.

cukup sampai setakat ni sajalah gua membebel. untuk ulasan yang lebih lanjut, lu orang tunggu entri yang akan datang. (apa gua merepek ni) okay la.

akhir kata, GGMU. hahaha

gua chiao. Assalam.


13 comments:

Sabella Mohamad said...

pergh tabik spring la ipah . hihi

Unknown said...

haha, ak ske baca entri ko yg ni sempoi. tp part 'bola' llaki tu, amboi kemain ko. berfikiran luar tabii. ehh luar alam ehh...bgusla akhirnya ko slaku wanita phm erti sebenar apa itu seni dlm bola. football is an art of skills. ak main taram jer bhahahah...

ak tak tahu knp, tapi ak tak suke MU. mayb masa awal2 dulu. ak pilih feveret player aku dh sbuah club utk dbenci dan MU la mangsa nya...muahahaha ko jgn nk kutuk torres sgt okayy!

Ipah said...

@Sabella

takyah la spring sangat, bukan pandai pon minat je. hak2

@Kopi pasta

mana ko tahu aku berfikir diluar tabi'i? ha..itu maknanye ko pon dah terfikir mcm tu. haha. and yeah, bola memang ada seninya.

mula2 aku pon bukan minat sgt MU, masa aku knal EPL dulu2, aku terminat kat arsenal kejap. main mantap gak team tu.tapi dah asyik kalah je, lepas tu pas sekor2 player kuar dari team tu orang beli. gua stress plak jadi gunners. satu lagi MU mase tu tengah naik. asyik menang je, terus aku minat MU. hahaha asal, minat chelsea ke? baik ko minat demba ba je. hahahah

uncle said...

uncle minat MU dari zaman eric cantona lagi hihihihi

Ipah said...

aku tak sempat nak minat cantona, sebab time cantona dalam MU dulu..aku baby lagi mase tu. hoho

Nurul said...

hahahaha....style entri ko nihhh..
aku pun tmasuk perempuan yg tngok hensem tu..kikikiki..

ehh tapi dluu aku penyokong tegar bolasepak perak tawww....hehehe

Unknown said...

btol laki bukan x boleh dipisahkan dgn bola sepak je tapi jgk dgn game kat pc... hahaha

Ipah said...

@Idati haa..kan aku dh cakap.. pompuan mmg cmtu punye.. hahaha

eh, yg mnang sumbangsih tu perok le kan?

@Nick Irfan haha. ha'ah yg tu pon ye gak. lagi2 kalo game fifa ngan pes.. hoho

Unknown said...

kalau minat tu semuanya dia nak ambil tahu . yang tak minat tu mana nak dia tgknya . haha

TUGAU GATES said...

terasa aku weh..aku pernah puji Drogba hensem macam Fizo Omar.wakaka

AimiiiLove said...

GO GGMU eventhough saya tak faham maksud GGMU, lol :P

P/S:tak tengok bola, sobs

Hans Hanis said...

hebat lah ipah :-)

Unknown said...

Assalamualaikum,

Saya dari QuranKini.com ingin ingin menjemput saudara/saudari untuk menyertai program affiliate kami (produk: Al-Quran Digital) dan menjana pendapatan tambahan melalui blog ini. Ia baru sahaja dilancarkan pada 8 Februari 2013 (Jumaat).

Caranya mudah sahaja: -
1. Daftar PERCUMA di QuranKini Affiliate > Klik pada butang 'Klik Di Sini Untuk Mendaftar'
2. Login akaun anda.
3. Pilih tab 'Bahan Promosi' > 'Banners/Links'
4. Copy & paste link pada blog anda

Setiap unit yang terjual, anda bakal menjana RM50.00 dan bayaran komisyen dilakukan setiap minggu terus ke akaun bank anda. TIADA sebarang limit berapa banyak pendapatan yang anda boleh jana. Mungkin mampu mencecah RIBUAN ringgit sebulan!

Malah bukan itu sahaja, bayangkan ganjaran pahala yang bakal anda terima setiap kali pembeli membaca Al-Quran Digital tersebut = pelaburan akhirat.

Terima kasih,
Team QuranKini

p/s: Sila sebarkan jemputan kepada rakan-rakan anda yang lain. InsyaAllah mendapat keberkatan bersama!