Friday 4 January 2013

Malaysia Masih Belum Merdeka

gua ni walau tak terer sejarah, gua tetap tahu puak-puak mana yang datang menjajah negara kita sekarang ni. gua taknak cakap pasal british, kekejaman jepun mahupun pakcik alburqueque atau menatang james beruk ke hape. sebab penjajahan ni berlaku zaman sekarang.

lu orang silap besar la kalau cakap Malaysia ni sudah merdeka.

Fakta 1#
buktinya pada tahun lebih kurang 2005 hingga 2007, negara mula dijajah indonesia dengan lambakan sinetron mereka di kaca-kaca TV yang nauzubillah, selalu membengangkan orang dengan beratus-ratus episod dan zoom in yang terlampau pada lubang hidung pelakon masing2 yang bajet putih melepak. malah, tak cukup dengan tu, serangan dilancarkan dengan lagu-lagu jiwang meleleh mereka yang mula mengambil alih radio-radio Malaysia sehinggakan band-band indonesia  berani datang sini buat konsert besar-besaran sebab lagu mereka tersangat popular disini.

hasil jajahan besar-besaran oleh Indonesia boleh dilihat apabila pemuda-pemudi Malaysia sering memuja-muja artis dan lagu-lagu dari negara seberang sehingga ada dikalangan pemuda itu yang lupa diri bahawasanya mereka adalah orang Malaysia dan mula memperlekehkan industri muzik tanah air sendiri tanpa segan silu.

serangan mereka mula mereda kerana pada tahun 2008 hingga 2010 band-band indie Malaysia mula memperjuangkan kemerdekaan dengan menampakkan kemajuan muzik mereka dalam industri hiburan tanahair. kemunculan mereka sedikit sebanyak menenggelamkan keghairahan orang Malaysia pada muzik2 indonesia. Tahnia gua ucapkan pada band-band (yang gua malas nak sebut) berkenaan kerana mampu mengambil semula tanah air tercinta dari genggaman negara jiran.

tapi mende ni tak lama.

Fakta 2#
sekitar 2009 hingga 2012 dan sekarang, 2013, Malaysia kini dijajah kembali kali ini dengan pasukan-pasukan ketenteraan yang lebih kuat, iaitu Korea Selatan. mereka menggunakan muka yang jambu, peha yang putih dan lagu-lagu yang catchy, tak kurang juga drama-drama jiwang mereka yang membuatkan para gadis berada di awangan dan mula mendambakan pakwe-pakwe Korea untuk dikahwini.

poster-poster mamat dan minah korea mula terpampang dimana-mana. majalah dan suratkhabar juga tak kurang hebatnya mempromosi muka-muka jambu serta peha-peha yang putih demi menjajah minda anak-anak muda Malaysia dengan lebih hebat lagi. dtambah pulak dengan lagu yang menjadi Hits di U.S, Oppa Ganyang Style, masing-masing sibuk nak buat parodi gile untuk lagu tu. lagu Ulik Mayang takdo pulak orang yang nak buat parodi. serangan dari Korea Selatan masih berterusan sehingga kini menyebabkan gua pon terkena kesannya. 

kesannya, gua ni kalau sehari tak tengok rancangan Running Man dari Korea tu gua rasa tak sempurna hidup. nak kena tengok jugak. Mega Maharajalawak pon gua dah rasa tak lawak lagi dah lepas gua tengok rancangan ni. ha tengok? sekarang gua dah lupa diri yang gua ni orang Malaysia. ah, sudah.

p/s: gua harap peminat kpop sama I(indonesian)-pop (haha ade ke? macam bangang bunyik dia) tak payah sentap sangat. anggap entri ni sekadar gurauan.

No comments: